Rabu, 8 Oktober 2008

Keliru

Memang anak-anak remaja hari ini mengelirukan ibu bapa. Teori yang mengatakan remaja sentiasa keliru memang sudah boleh ditolak ke tepi. Saya mempunyai lima anak remaja berusia antara 13 hingga 21 tahun. Tahun lepas, kami memberi wang kepada empat anak lelaki kami, agar mereka boleh memilih sendiri baju, seluar dan kasut mengikut cita rasa mereka sempena hari raya. Kami lepaskan mereka membeli belah di pusat membeli belah berhampiran rumah sendirian.
Saya mengharapkan mereka dapat membeli baju yang sesuai untuk hari raya, disamping mengelakkan saya pening ketika memilih baju mereka. Selain itu, kami ingin menyemaikan semangat berdikari dan cekap menggunakan wang yang diberikan ketika membeli-belah. Saya tersilap jangkaan rupa-rupanya. Saya terkejut apabila mereka menunjukkan seluar jeans yang koyak-rabak dan memilih warna baju yang menyebabkan terjojol biji mata untuk hari raya. Mengikut fesyen, kata mereka. Saya yang mula naik angin, membebel tentang logik dan sopan anak muda yang menziarahi ibu dan bapa saudara, kaum keluarga di kampung dengan jeans rabak dan baju tanpa lengan dengan warna yang garang?
Tahun ini, sekali lagi, kami melakukan ujian kedua iaitu membenarkan mereka memilih sendiri baju dan kasut raya dengan pesanan, tanpa jeans rabak. Mereka akur dan hasilnya ke empat-empat mereka membeli baju dan seluar berwarna hitam. Dan fesyen seluar tahun ini ada kelainannya, bertali-tali, berbutang dan berkocek sana-sini. Saya menganggap mereka memang tidak ada cita rasa langsung walaupun terpaksa akur dengan pilihan mereka.
Tahun ini juga saya naik angin satu badan lagi apabila satu-satunya anak perempuan saya yang baru berusia 13 tahun lebih rela membeli kemeja t Manchester United daripada sepasang baju kurung sempena hari raya.
Kali ini saya memang benar-benar keliru.

5 ulasan:

Unknown berkata...

Usahlah keliru Kak Ton!Cabaran semua itu. Dah tua nanti, semua menjadi kenangan lucu. hehe

Tanpa Nama berkata...

salam mariah,

membaca entri ini, saya teringat diri saya dan mak saya.

mak saya sibuk meminta saya membeli pakaian berwarna terang. orang muda, kenalah warna terang, katanya.

tapi saya memilih warna gelap, citarasa saya tentunya.

mak saya mahu saya berkasut tinggi. biar nampak tinggi dan lampai, katanya.

tapi saya beli sandal dan sports shoes saja.

mak saya mahu saya bertudung bemanik-manik, berbunga-bunga. cantik, katanya.

tapi saya memilih tudung ini - polos dan labuh.

agaknya, memang mak dan anak ada perbezaan nilai. sabar sajalah.

apapun, selamat hari raya buatmu.

wassalam.

mariahsj berkata...

Anuar,
Bengang betul dibuatnya. Baju raya dengan baju jumpa kawan tak boleh sama. Apa-apapun, anda tunggulah masa anda..ha ha ha...

Nur Ilhami,
Memang cita rasa saya dengan anak-anak berbeza. Saya dulu tak berpeluang langsung nak beli baju sendiri, ikut je apa yang mak belikan.
Selamat hari raya untuk anda juga.

Tanpa Nama berkata...

salam ton,
agaknya selera anak-anak pada umur begini memang sama, dari dulu hingga sekarang!

dalam keluarga saya pun sama, tatkala abang dan sepupu-sepupu membesar dulu itu jugalah pilihan mereka waktu doberika kebebasan memilih baju dan kasut raya.

sehari suntuk mereka akan 'round penang', bila balik, arwah mak akan komen,
'sari hang pa pi round penang, ni saja yang hang pa beli, baju seluaq macam nak pi keja pebaik kereta, kasut pula kasut raba ( rubber), tak kan macam ni hang pa nak pakai raya!!!

aminahsj

Tanpa Nama berkata...

salam kak zaiton..salam rindu. Kucing2 tu dan membenihkan zuriat yang ramai dan di'sedekah'kan pada saudara2 juga..moga pahala mengalir pada 'pemilik asal' di Subang JAYA.

love

love

love

love