Isnin, 15 Julai 2013

Ramadan berkunjung lagi

Ramadan tiba lagi, kunjungannya yang dinanti-nantikan pada setiap tahun. Pada hari ke-enam ini entah mengapa saya terpandang blog ini yang sudah lama tidak dibuka. Jika rumah sudah lama tidak dibuka, ia semakin sunyi. Sesawang labah-labah pun semakin menebal. Banyak cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang tarikh akhir saya menulis di blog ini. Semuanya terakan di dalam fikiran. Tetapi apalah gunanya diceritakan di sini kerana lebih banyak cerita peribadi yang tidak perlulah diketahui. Selamat berpuasa semua. Saya cuba menanamkan azam untuk bergiat aktif semula menulis di sini setiap hari. Walaupun sebaris, sekurang-kurangnya saya menulis sesuatu. Biarlah tulisan itu bermanfaat dan berilmu. Saya tidak menjanjikan apa-apa, cuma kadang-kala rasa itu harus juga diturunkan agar tidak lupa......

love

love

love

love