Rabu, 8 Oktober 2008

Woi, mana kampung?

Sejak dahulu, rumah kayu yang tersergam milik nenek, diperturunkan kepada Emak dan kemudian kakak, menjadi tumpuan kami adik beradik menyambut raya. Di rumah ini, kami menyaksikan keluarga kami membesar dan orang dewasa pergi meninggalkan kami satu persatu. Tapi tradisi balik kampung tetap tidak ditinggalkan dan rumah ini masih tetap menjadi tumpuan kerana isinya penuh dengan nostalgia.
Cuma tahun ini, kami hanya mampu melihat rumah ini dari luar. Bukan kerana telah dijual atau diambilalih oleh sesiapa tetapi dikoyakrabakkan oleh pencuri.
Awalnya mereka memunggah kain batik milik arwah ibu dan pinggan-mangkuk peninggalan nenek. Habis semua almari dipunggah dan diranapkan. Mereka masuk semula dengan menarik semua wayar elektrik di sekeliling dan di dalam rumah. Walaupun laporan polis telah dibuat, tetapi mereka dengan berani masuk memecah rumah kami lagi.
Hari raya tahun lepas, mujur ada abang ipar yang boleh memasang lampu menggunakan wayar baru. Tapi tahun ini perompak semakin mengganas. Televisyen kami telah lama disapunya. Selepas itu mereka mengopak peti sejuk dan mesin basuh untuk mengeluarkan motornya. Kesemua batang paip dan paip turut dicabut. Dan akhir sekali mereka mengopak fius besar elektrik dan membawanya bersama.
Akibatnya rumah ini tidak boleh dipasang elektrik dan kami yang terpaksa mengalah, dengan rasa sedih meninggalkan rumah ini tanpa dapat berhari raya di dalamnya.
Kalaulah saya terserempak dengan mereka ketika mereka melakukan kerja-kerja terkutuk itu, mahu saja saya laga-lagakan kepala mereka yang tidak berperasaan itu. Memang "mood" raya saya tahun ini tidak ada langsung.

8 ulasan:

saharil berkata...

teruknya! saya yang baca pun rasa marah nak pelangkung.

mariahsj berkata...

Saharil.
Manusia ni kalau dah pencuri, memang tidak berperasaan. Tahun ini kami menumpang di rumah sepupu untuk berhari raya di kampung. Saya rasa nak cari je pencuri tu sampai dapat. Lepas tu hantar ke Iran atau Afghanistan....

denanz berkata...

ishk ... geraaam betoi.
kalau dapat, hantar kat pasar borong selayang pun cukup.
biar diorang cincang2, jual buat umpan mancing.

Muhammad Azli Shukri berkata...

kak ton salam lebaran dan maaf zahir batin.

Kamariah Kamarudin berkata...

kanda Mariah
catatanmu ini mengingatkan rumah di kampung halaman kemaman. memang syahdu apabila kepulangan baru2 ini tanpa orang tua di sisi yang kini masih bercuti di rumah adik bongsu di kaherah. rumah besar terbiar sepi. beberapa tahun dulu pernah barang2 antik dibawa pergi penjahat. keluarga solat hajat, khabarnya "lanun2" tu dah ditangkap. aduhai masa dan kenangan zaman kanak2 yang indah yang tidak boleh diputar kembali!

Nazmi Yaakub berkata...

saya tag kak ton lah utk kongsi meja kerja kreatif :)

boleh berkongsi meja kerja kreatif?

mariahsj berkata...

Azli, walaupun terlewat, saya pun mohon maaf gak.
Nan, ggrrrrr....mana tahu dapat ikan jenahak...ha ha
KK, sedih ye...
Nazmi, sanggup ke nak tengok?

Keanorlinsya berkata...

cemana boleh sampai ke serendipity?

love

love

love

love