Ahad, 12 Julai 2009

Tak ada belajar ke?

Bahasa Melayu termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Malah istilah bahasa Melayu digunakan di seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, China, Indonesia sebagai menunjukkan bahasa ini bernama bahasa Melayu. Sama seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dll, bahasa Melayu dikenali dengan nama Bahasa Melayu dan bukan bahasa Malaysia. Bahasa kebangsaan Malaysia adalah bahasa Melayu dari segi undang-undang, istilah, penggunaan harian dan sudah wujud di seluruh kepulauan Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Saya tak faham mengapa ada manusia yang kononnya ingin menjadi hero dalam memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia. Gerun dengan bunyi Melayu itukah atau berprasangka bahasa Melayu itu kepunyaan orang Melayu semata-mata.
Atau tak belajar sejarah dan bahasa setelah lahir di Malaysia. Tak faham-faham lagikah?

4 ulasan:

Uthaya Sankar SB berkata...

Memang menghairankan! Ada manusia yang mengaku rakyat Malaysia tetapi tidak tahu Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970 dan juga kewujudan istilah "Bahasa Malaysia". Sah tidak faham sejarah. Takut sangatkah dengan istilah "Bahasa Malaysia"?

Uthaya Sankar SB berkata...

Pasti sahaja apa yang saya tulis tidak akan "diluluskan" untuk siaran di blog ini. Tidak mengapa. Berani kerana benar.

Alamanda berkata...

Saya pilih untuk hidup secara sederhana, yang benar tetap saya sokong.
Orang DBP bagaimana?

Nisah Haji Haron berkata...

Ini bukan soal takut berani. Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak mungkin mengatasi Perlembagaan Persekutuan.

love

love

love

love