Ahad, 3 Ogos 2008

Nama Oh Nama....

Manusia dilahirkan dengan nama. Ada dalam kalangan rakan saya yang menamakan anak mereka dengan nama ringkas seperti Dani, Faizal, Sara. Malah ada juga yang menamakan anak mereka dengan nama yang panjang seperti Adriana Fazirah Hanim, Mohd Khairuddin Akmal dan macam-macam lagi. Tetapi ada juga rakan-rakan saya yang mempunyai nama lain daripada nama di kad pengenalan mereka, atau ada nama panggilan di rumah, misalannya Faikha dipanggil Zan di rumah atau Padilah dipanggil dengan nama Kam oleh ahli keluarganya.
Saya tidak terkecuali. Sungguhpun nama di kad pengenalan saya ialah Zaiton, tetapi panggilan keluarga saya ialah Mariah.
Cara saya mendapat dua nama ini sungguh lucu. Semuanya gara-gara datuk saya yang terlupa ketika mendaftarkan nama saya di pejabat kelahiran.
Sebenarnya semuanya berpunca daripada keluarga saya yang mempunyai kelaziman yang tersendiri. Abah akan menghantar emak balik ke kampung sebaik sahaja kandungan emak mencecah lapan bulan. Mungkin abah lebih rasa selamat jika emak dijaga sendiri oleh ibunya memandangkan tugas abah sebagai polis tidak dapat menjaganya sepenuh masa. Saya anak ketujuh yang dihantar ke kampung.
Sebelum balik, abah berpesan kepada datuk supaya menamakan saya Mariah (saya pula tidak sempat bertanya nama yang diberikan abah jika saya lelaki kerana semua watak penting kisah ini telah lama meninggal dunia) . Tetapi datuk tidak dapat mengingatinya dan menamakan saya sempena nama anak kepada sepupunya di kampung.
Lebih lucu lagi, datuk menyimpan surat pendaftaran kelahiran dan tidak memberitahu ibu nama saya. Dan kisah itu dilupakan setelah ibu dijemput abah setelah habis pantang balik ke tempat beliau bertugas.
Cerita tentang nama ini hanya timbul semula ketika abah mendaftar saya di sekolah, tujuh tahun berikutnya. Saya masih tidak mengetahui nama sebenar saya sehingga nama saya dipanggil oleh guru berulangkali. Pastinya saya tidak menyahut panggilan itu sehingga ditegur oleh guru. Itu pun setelah satu kelas mentertawakan saya.
Saya masih boleh menyahut dua panggilan itu dengan baik. Panggilan ini membezakan pemanggilnya, sama ada di dalam majlis rasmi atau ketika bersama keluarga.

12 ulasan:

Denanz ... berkata...

hmmm ... itu kisahnya. arwh nenek saya kata, dia nak namakan saya Daud ke apa entah, saya tak ingat, tapi seperti nama antara Rasul yg 25. tapi arwah ayah tak setuju. lalu dinamakan saya spr nama skrg. saya pernah jumpa tentang salasilah keturunan nabi, umpama sebatang pokok, kedudukan nama saya paling bawah (pangkal) pokok itu. dan paling atas Nabi Muhammad SAW.

Kamariah Kamarudin berkata...

salam kakakku
mudah2an Mariah yang saya kenali dengan panggilan kak Ton selama ini dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT selalu. mudah2an kesihatan yang baik itu sentiasa ada dalam diri kakak yang sudah lama saya tidak temui. begitu diburu oleh waktu kini, pun ingatan terhadap dirimu tidak pernah padam. insyallah, suatu ketika kita dipertemukan jua. salam rindu selalu!
www.kamariahkamarudin.blogspot.com

Kamariah Kamarudin berkata...

salam buat kanda Mariah yang saya kenali sebagai kak Ton selama ini. Mudah2an kakak dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT sepanjang hari. begitu masa yang deras berganti, banyak urusan yang perlu diurusi, maaf sudah lama tidak menghubungi, insyallah akan cuba mencari masa yang sesuai untuk menemui kakakku ini. jaga diri baik-baik, kak ton, saya sering mendoakan dari jauh dari lubuk hati yang suci!
www.kamariahkamarudin.blogspot.com

mariahsj berkata...

Salam,
Nan, saya suka nama adnan, lebih sesuai, lebih cocok. Adnan nampak lebih cowok ganteng kan? Ha ha

Adinda KK,
Terima kasih. InsyaAllah kita jumpa nanti. Jaga diri.

azlishukri berkata...

nama saya menarik tak kak Ton?

mariahsj berkata...

Salam Azli,
Nama tu nampak ringkas tapi bergaya macam orangnya. Memang dah sesuai dah, manis dan ada gaya...

Tanpa Nama berkata...

Ton...terima kasih menyebut namaku dlm blog mu. Akhirnya berjaya juga aku memasuki blogmu.

Nyesal tak sudah tak dpt bertemu kelmarin..mmg selsemaku menyusahkan sehingga tak dpt menatap wajahmu yg ku rindui itu.

Fasal namuku yg agak pelik itu...mmg sedari kecil, waktu belum sekolah dan sesudah bersekolah di sekolah rendah, aku masih tidak mengenali diriku dengan panggilan nama yang didaftar. Ramai juga ahli keluargaku yang tak kenal dengan nama rasmiku itu.

Pandai sungguh arwah bapak@wak menamakan aku dengan nama seunik itu. Cerita emak itu nama seorang puteri Mesir yang menjadi kegilaan ramai pembaca cerita dari Mesir zaman arwah Wak ku.

Hey...jaga diri kau baik-baik ya!

Letting the time pass me by berkata...

Orang-orang tua kalau anak-anak demam, selalu panggil nama lain... sebab katanya nama yang diberi tu kut-kut tak serasi...

Unknown berkata...

Nama saya panjang. Entah mengapa emak abah berikan nama sepanjang itu. Saya dah rancang untuk memberikan nama pendek sahaja kepada anak-anak nanti. Wajarkah saya merancang sedemikian?hehe

mariahsj berkata...

Pesona,
Memang namamu mempesonakan, di zaman Mesir tu lah..heh heh.

LTTPMB,
Memang ada, ditukar nama buruk, hitam, dan macam-macam lagi. Kebetulan, apabila dipanggil nama itu, hilang sakitnya dan terus sembuh.

Anuar,
Nama panjang ke, pendek ke, kadang-kadang anak-anak dipanggil nama yang lain seperti along, angah, baby...Buat penat je fikirkan nama anak panjang-panjang...betul tak?

Salina Ibrahim berkata...

kak ton @ mariah,
masa sekolah rendah dulu, cikgu selalu silap 'binti' nama saya - jadi salina ismail. kebetulan abang sulung 'bin ismail' (sebab dia anak pak long saya yang dibela oleh ibu bapa sejak lahir). saya tak tahu pun dia anak angkat, sebab abah saya mengaku ismail itu nama dia jugak. masa darjah 6, baru tau kisah sebenar, itu pun sebab abang sakit teruk, jadi ibu bapa terpaksa bercerita.kekadang saya rasa 'helah' ibu bapa tu ada wajarnya supaya anak-anak tak tanya banyak & nak bina hubungan adik-beradik!

salinaibrahim2.blogspot.com
salinaibrahim.blogdrive.com

Tanpa Nama berkata...

salam ton,
bukan nak komen apa-apa, cuma nak beritahu, blogmu dah kutemui, hi...hi...

love

love

love

love