Isnin, 25 Ogos 2008

Cendera di mata atau di hati?

Duit syiling 20 pence yang dikeluarkan pada tahun 1961 , hadiah Pak Ngah yang menetap di England, satu-satu pemberiannya yang saya simpan baik sebelum dia pergi mengadapNya. Cincin berbatu biru juga cincin arwah emak, juga disimpan dengan elok dan terbungkus kemas. Arwah bapa pula memberikan loket jed, walaupun sudah retak tetapi amat berharga buat diri saya.
Saya masih lagi menyimpan banyak barang ketika saya di zaman remaja. Semuanya sayang untuk dibuang. Tentunya setiap barang ini mempunyai memori yang tersendiri, iaitu zaman saya mengenal diri dan dunia sekitar. Antaranya sepit rambut bunga yang dipakai ketika keluar dengan rakan-rakan sempena deepavali, cincin berbatu ungu yang saya beli dengan harga RM2.00, gelang berukir pemberian sahabat, loket gading yang masih lagi berseri dan tidak pernah dipakai. Semuanya disimpan baik di dalam kotak yang disalut dengan kain. Agaknya sudah hampir 30 tahun saya menyimpan barang-barang ini. Namun yang paling berharga buat saya ialah seutas rantai pemberian salah seorang rakan. Walaupun sudah agak pudar warnanya, dan sesekali terputus, dan saya beberapa kali pula menyambungnya kembali, membungkusnya dengan kapas dan memasukkannya ke dalam dompet kain yang ditenun khas, saya masih menyimpannya dengan baik. Mengapa rantai ini begitu istimewa? Saya hanya boleh merasai kerinduan zaman remaja dan persekolahan dengan memegang dan melihat rantai ini. Banyak kisah yang tersembunyi di sebaliknya dan banyak juga kisah lucu bersama rakan-rakan yang tidak dapat saya lupakan. Saya selalu berulang ke dunia itu hanya melalui rantai ini. Itulah sebab ia sangat istimewa di hati saya.
Suatu hari, tiba-tiba, seseorang yang memberikan rantai ini menelefon. Walaupun sudah bertahun-tahun tidak berjumpa atau berhubung, saya masih dapat mengenali suaranya. Setelah puas bercerita, saya memberitahunya yang saya masih lagi menyimpan rantai pemberiannya walaupun rantai itu sudah kusam dan lusuh, tanda saya menghargai pemberiannya.
"Kamu memang suka simpan barang buruk, ya," katanya setelah mendengar celoteh saya.
Blink! Blink!
Ouch. Eeeueewwww.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benda2 kecik tu, macam ada aura pula. saya pun suka menyimpan benda2 remeh macam ini, bagi orang lain mungkin sampah, tapi mereka tak tahu apa maksud benda2 kecik tu :)

azlishukri berkata...

saya link blog kak ton.

Denanz ... berkata...

ton,
jangan kata barang buruk, batang buruk pun ornag suka. chek suka ka?

Tanpa Nama berkata...

salam.

cendera itu jika boleh dilihat, maka letaknya di mata, ingatannya lekat di hati.

tapi ada juga cendera yang tidak perlu dilihat, tapi tetap tersimpan di dalam hati. dan cendera itu namanya 'persahabatan'.

wassalam.

selamat datang ke dunia blogger. saya pasti akan menemani bila-bila diperlukan, insya-Allah.

mariahsj berkata...

Saharil,
Ingatan itu lebih bermakna walaupun barangnya dah dinaiktarafkan sebagai sampah. Begitulah saya menghargai lipatan kenangan dan para sahabat.

Azli,
terima kasih.

Denanz,
Maksud anda kuih batang buruk? Memang terkenal di Muar dan sedap.

Nur Ilhami,
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Salam perkenalan.

love

love

love

love