Jumaat, 25 September 2009

Syyhhhhhh.........

Kolam yang dipenuhi teratai

Memancing perlukan suasana yang senyap(atas). Ikan talapia merah, tangkapan pertama saya(kanan)

Ada empat kolam ikan yang dibina oleh sepupu saya di kampung dan letaknya bersebelahan dengan rumah yang kami tumpang buat sementara waktu untuk menyambut raya. Rumah pusaka tidak boleh diduduki lagi kerana sudah beberapa kali dipecahkan oleh pencuri. Jika dibaiki pun, rumah itu akan dimasukki lagi dan akhirnya kami pun redalah dengan keadaan itu. Dan jika dibaiki nanti, tunggulah sehingga abang ipar dan kakak saya menetap di kampung setelah bersara. Khabar gembira, mereka akan balik kampung akhir tahun nanti.

Oleh sebab kolam ada di depan mata, saya tidak melepaskan peluang untuk memancing. Memancing memang perlukan banyak kesabaran. Kesibukan hari raya dpenuhi dengan kegiatan memancing iaitu pada hari terakhir puasa, petang raya pertama dan pagi raya ketiga. Mula-mula dapatlah beberapa ekor talapia merah dan puyu. Tetapi akibat ramai pula yang riuh berkerumun, ikan mula lari dan sukar untuk diperolehi.

Raya kali ini memang menyeronokkan kerana suasana kampung yang berbeza daripada bandar. Sekurang-kurangnya saya dapat membalas dendam kerana tidak dapat menarik seekor sotong pun tempoh hari di Terengganu. Saya dapat tiga ekor talapia yang besar, tiga kecil (dilepaskan semula sebab kasihan) dan lima ekor puyu (juga dilepaskan sebab aksyen kerana dapat ikan talapia yang besar).Baharulah saya tahu, rupa-rupanya saya suka memancing...tetapi beramai-ramailah dalam suasana yang senyap.....syyyhhhhhhh......
Anak-anak dan sepupu mereka ..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Langkah untuk tukar templates pada blog blogger:
1. Download templat -->http://btemplates.com
2. Fail adalah dalam format .zip
3. Unzip dulu untuk dapatkan fail XML
4. Buka blog anda. Buka seksyen Layout blog (--> Dashboard --> Layout --> Edit HTML)... .
5. Cari dan upload fail XML yang telah anda download dan unzip tadi...
6. Selepas upload terus SAVE fail..
7. Lihat templat baru blog anda.

GOOD LUCK and SELAMAT MENCUBA...

Tanpa Nama berkata...

Langkah untuk tukar templates pada blog blogger:
1. Download templat -->http://btemplates.com
2. Fail adalah dalam format .zip
3. Unzip dulu untuk dapatkan fail XML
4. Buka blog anda. Buka seksyen Layout blog (--> Dashboard --> Layout --> Edit HTML)... .
5. Cari dan upload fail XML yang telah anda download dan unzip tadi...
6. Selepas upload terus SAVE fail..
7. Lihat templat baru blog anda.

GOOD LUCK and SELAMAT MENCUBA...

mariahsj berkata...

Salam, terima kasih. Saya akan ikut caranya nanti..

Mawar berkata...

Kanda Mariah,

saya mahu sekali duduk di bahu kolam ini. serius, di suatu kesempatan kita kembali ke laman desa kanda ya. kita jalan bersama sepanjangnya, melihat kiambang kembang di muka air. ya, kandaku?

mariahsj berkata...

InsyaAllah, boleh saja adindaku. Seronok masih tidak boleh dihilangkan daripada hati sehingga hari ini. Balik untuk tenangkan fikiran, di sinilah tempatnya.

love

love

love

love