Jumaat, 4 September 2009

Jadilah manusia hebat.

Saya teringatkan kata novelis F.Scott Fitzgerald, "you dont write because you want to say something, but you write because you've got something to say".
Kadang-kadang kata-kata itu boleh menghiris jiwa seseorang. Blog digunakan untuk perbincangan, sembang-sembang bertukar-tukar fikiran, menghasilkan penulisan yang serius dan bermakna. Tetapi jika blog digunakan untuk mengaibkan orang lain, mereka-reka cerita yang tidak benar apatah lagi membuka pekong saudara seislam, membuat tuduhan palsu terutamanya dilakukan di dalam bulan mulia ini, tunggu sahajalah balasan dariNya.
Kehebatan seseorang bukan dilihat berdasarkan kata-katanya yang membunuh jiwa dan semangat orang lain, menjatuhkan maruah atau menjadikan orang gundah. Jadilah manusia hebat dengan menghasilkan pemikiran yang juga hebat.
Kata Confucius, "what the superior man seeks is in himself: what the small man seeks is in others."

5 ulasan:

Kak Teh berkata...

salam mariahsj, memang betul kata mariah. Semakin banyak sekarang blog yang dibuat untuk mengaibkan orang. Tak apalah, kita tulis saja yang remeh temeh, asalkan tak sentuh hal orang lain.

Thanks for visiting my blog.

mariahsj berkata...

Dear kak Teh,
Terima kasih kerana menjenguk blog saya nih.
Saya menulis blog sebab nak ada tempat untuk menulis. Memang tak patut pun orang guna blog untuk jatuhkan maruah orang lain. Itu sebenarnya menunjukkan sikap orang itu sendiri.
Semoga kak Teh selamat di negara orang dan selamat berpuasa,

Mawar berkata...

Kanda Mariah
aiyooo! macam itu kah?

mariahsj berkata...

Adinda Mawar,
Iyo, macam tu lah manusio...aiyoooo..

mariahsj berkata...

Adinda Mawar,
Iyo, macam tu lah manusio...aiyoooo..

love

love

love

love