Rabu, 19 Ogos 2009

mencandat sotong







Pertama kali saya terlibat dalam kegiatan yang mencabar ini. Mula-mula, saya tidak ada pengalaman langsung tentangnya. Selepas itu saya mabuk laut, terbaring sepanjang 10 jam di dalam bot sambil sebelah tangan memegang tali pancing. Manalah tahu jika umpan saya mengena.



Rupa-rupanya mencandat sotong bukanlah suatu kegiatan yang mudah. Tali pancing perlu sentiasa disentap dan turun naik. Tetapi oleh kerana saya terbaring mabuk, maka saya biarkan sahaja tali pancing itu terjuntai ke dalam laut.



Hasilnya, saya tidak dapat seekor pun sotong pada malam itu. Kumpulan saya mendapat kira-kira 70 ekor. Memang nasib tidak menyebelahi saya langsung. Tidak mengapa, saya akan menunggu musim yang akan datang. Kalaulah saya tidak mabuk laut lagi dan saya datang membawa jala...



1 ulasan:

me berkata...

hihi mabuk2 laut pun still nak juga pegang tali pancing dengan harapan dapat sotong =)
xpe2 next time boleh cube lagi eh hihi

love

love

love

love