Jumaat, 18 Julai 2008

Anehnya Cinta

Ada seorang kawan bertanya kepada saya adakah cinta itu buta? Saya menjawab ya dan tidak. Yang butanya manusia dan bukan perasaan itu. Saya pasti anda tidak akan mempunyai sebarang alasan yang kukuh apabila anda mencintai seseorang. Anda sukakan rambutnya, matanya atau perangainya? Itu bukan cinta tetapi lebih kepada perasaan sukakan personalitinya. Memang anda tidak akan ada alasan mengapa anda mencintai seseorang itu sampai bila-bila pun.
Anda sudah mencintai seseorang apabila anda merasakan bara kehadirannya dengan jiwa. Cinta itu telah terlebih dahulu berada di dalam hati. Anda tidak dapat menolak perasaan itu keluar atau menghindarinya sama sekali.
Sebab itu anda akan menerimanya seadanya, tanpa banyak mempersoalkan rupanya, latarnya atau perangainya yang jelek. Malah anda akan berasa bahagia dengan kejelekannya. Cinta itu memang aneh.

5 ulasan:

Denanz ... berkata...

saya suka bercinta. bila berada dlm cinta (kecuali cinta yg dikhianati), semuanya indah belaka. bercintalah! dan terus bercinta. kerana cinta akan semakin mendekatkan/merapatkan kita kpd yang kita cintai.

mariahsj berkata...

Denanz, Memang manusia itu lazimnya sentiasa bercinta. Cinta kepada Tuhan, Nabi Muhammad saw, kedua ibu bapa, suami atau isteri dan keluarga. Pandai-pandailah menjaganya.

azlishukri berkata...

saya suka ayat-ayat cinta..

mariahsj berkata...

Azli,
Bagus kalau suka. Tapi kalau dipraktik dan diamalkan, lebih bagus lagi.

syafira fie berkata...

cinta, apabila ia terjumpa dengan kasih

love

love

love

love