Rabu, 16 September 2015

Lama Tak Jumpa

Salam semua. Agak sudah lama tidak menjengah tingkap ini. Jika termampu, mahu sahaja saya menulis setiap hari. Mencatat setiap peristiwa yang terkesan di hati di sini sama ada sebagai peringatan buat diri atau untuk dibaca apabila kita sudah lupa tentang diri. Setelah selesai rawatan pada tahun 2008, saya tidak lagi mengalami tanda-tanda berulang seperti cepat letih, ada ketumbuhan atau tanda-tanda lain. Alhamdulilah, syukur kepada Allah SWT kerana berjaya melepasi lapan tahun masa pemerhatian. Anak-anak sudahpun membesar. Tiga orang kini di kolej, dan dua orang sudah melepasi kolej masing-masing- seorang sudah bekerja dan berkahwin manakala seorang lagi masih mencari kerja. Kita jumpa lagi nanti, sebaik sahaja saya pulihkan semula semangat untuk menulis, sedikit demi sedikit. Tetapi saya sebenarnya juga ingin memberitahu rahsia sebenarnya tentang pos hari ini.. Sebenarnya ialah saya baharu dapat mencari kunci nama blog saya ini, setelah begitu lama cuba mencari-carinya. Betapa terujanya saya. Doakan saya tidak terlupakannya lagi. Jangan marah....

Tiada ulasan:

love

love

love

love