Isnin, 14 September 2009

Akal dan hati


Kalau diikutkan hati, mati. Kalau diikutkan akal, musnah segalanya. Hati dan akal berperanan untuk saling imbang mengimbangi. Hati, jika terpengaruh dengan rasa dan nafsu, boleh menjadikan manusia tidak berperasaan atau dungu. Tetapi jika ada akal untuk mengimbangi, nafsu dan perasaan yang jahat boleh dihindari atau sekurang-kurangnya menjadi lebih berbudi.
Tetapi akal juga memerlukan hati untuk menjadi lebih berperikemanusiaan. Apabila akal berfikir untuk bertindak melakukan sesuatu, hati akan mengimbangi supaya boleh menjadi manusia yang lebih berperasaan dan tidak menjadi kejam.
Jagalah akal dan hati agar menjadi manusia yang lebih beradab dan mampu berfikir dengan lebih bertamadun. Perbuatan adalah hasil yang terpancar daripada akal dan hati.
Manusia mempunyai maruah. Oleh itu jagalah maruah tersebut dengan menggunakan akal dan hati yang telah dikurniakan oleh Allah swt.

1 ulasan:

Kamariah Kamarudin berkata...

Kanda Mariah
memang akal dan hati perlu bergandingan untuk menyempurnakan sebuah kehidupan. Syawal sudah hampir,Salam Idul Fitri, Maaf Zahir Batin. Kalau ikutkan hati mahu terbang ke kampung halaman segera tetapi akal memujuk "sabar"lah dulu!

love

love

love

love