Apabila melihat bulan di langit
gemilangnya memancar terang
Ingin kakiku menjejak awan
menari-nari dalam kebebasan
di bawah sinaran yang menggembirakan
Ah, yang kufikirkan cuma angan-angan
sekadar cahayanya yang kudapat
itupun jika tidak dilindungi awan...
1 ulasan:
Kanda
saya fikir saya juga tidak mahu dapat mencapai bulan... kerana bagi saya cahayanya itu yang selalu mengasyikkan.
Catat Ulasan