Selasa, 17 Jun 2008

Salam perkenalan

Saya bercita-cita untuk menjadi pelukis sejak kecil kerana saya memang gemar menconteng. Di sekolah rendah misalnya, separuh daripada buku tulis menjadi mangsa contengan saya. Di dalam kelas lukisan, hasil kerja saya biasanya terpilih untuk dipamerkan di ruang khas hasil pelajar. Tetapi saya beralih tumpuan untuk menjadi tukang masak ketika mengikuti kelas sains rumah tangga. Masakan saya walaupun tidak seperti cef tetapi saya seronok mencuba pelbagai jenis masakan dan kuih. Kegilaan ini tidak lama kerana saya mula jemu dan bertukar arah untuk menjadi penulis. Kertas bahasa dan sastera saya mendapat markah tertinggi di tingkatan dan saya gemar menulis apa-apa sahaja terutamanya mencipta sajak. Sajak-sajak saya ada tercatat dalam buku khas yang kemudiannya hilang ketika keluarga berpindah- randah. Tetapi impian itu juga diketepikan sekali lagi apabila saya mula bertugas sebagai editor, yang semakin memendekkan masa saya untuk memberikan tumpuan dalam kegiatan penulisan. Apabila blog dicipta, saya mendapati peluang dan semangat untuk menulis terbuka semula. Hal inilah yang mendorong saya menulis walaupun sekadar catatan pendek saya sebagai pesakit kanser.

9 ulasan:

Denanz ... berkata...

Salam ton.
semoga sihat. tak tau ton pun ada blog. singgah blog saya - akudenanz.blogspot.

S.YanaZ berkata...

Assalammualaikum...
Che Ton,
sekadar memberi pendpt, kalau belum cuba, mungkin boleh cuba produk Healin berasaskn Gamat(keluaran Healwell S/B). Cuma maaf, sy tak pasti produk gamatnya yg mana satu.Ada kenalan yg ibu saudaranya sudah kimo 2 kali, Alhamdulillah...Sekarang sudah sembuh.
Sy doakan, Allah SWT akan sembuhkan penyakit Che Ton.AMIN.

mariahsj berkata...

Terima kasih kerana membaca blog ini. Saja-saja utk mengisi kelapangan yang membosankan.

mariahsj berkata...

S.yanaz,
Terima kasih di atas cadangan. InsyaAllah sebaik selesai semua pusingan kemoterafi saya akan mula berusaha dengan cara tradisional.

Tanpa Nama berkata...

kak ton, saya pula yang excited bila tahu blog ini sudah start diisi.. semoga cepat sembuh dan dipermudahkan. :)

mariahsj berkata...

Terima kasih Saharil. Blog ini tidak begitu lengkap lagi, banyak yang kena perbaiki.Buat sendiri sambil belajar, bolehlah perlahan-lahan...

mariahsj berkata...

Terima kasih Saharil. Blog ini tidak begitu lengkap lagi, banyak yang kena perbaiki.Buat sendiri sambil belajar, bolehlah perlahan-lahan...

Nisah Haji Haron berkata...

Kak Ton,
Terus menulis di sini ya. Ini saja untuk mengubat rindu pada Kak Ton. Akan saya buat pautan di blog saya, insya-Allah.

Andai tubuh kita tidak sesihat mana, yang penting akal biarlah sihat sentiasa, hendaknya.

mariahsj berkata...

Nisah,
InsyaAllah. Kak ton menulis nanti....Terima kasih kerana membuka blog ini.Kak ton pun rindukan Nisah dan kawan-kawan yang lain.

love

love

love

love