Kadang-kadang perhubungan boleh bertukar menjadi kacau bilau, apabila tidak difahami atau tersilap faham. Anak-anak remaja saya yang sedang membesar menjadi dewasa, biasa juga menyebabkan saya selalu bengang, dan ada kalanya saya tergelak lucu. Apa-apapun mereka lakukan, selalunya saya paksa diri saya berfikir positif untuk mengelakkan angin saya naik.
"Abang, adik dah balik?, "
"Entah, tak perasan," jawab anak nombor satu selamba, sambil matanya terkebil-kebil asyik memandang skrin komputer. Saya terfikir, mungkin dia sedang tekun menyelesaikan tugasan kolejnya. (Kot-kot)
" Abang balik tak minggu ini?" saya menelefon anak nombor dua yang juga sedang belajar di kolej di Bangi.
"Entah, tengok dulu." jawabnya ringkas. Agaknya dia di dalam kelas.
"Macam mana kerja, bagus?" soalan biasa untuk anak ketiga yang bekerja sambilan di Parkson sementara menunggu keputusan SPM.
"Entah, biasa je." Sekurang-kurangnya jawapannya kali ini panjang juga. Biasanya dia hanya akan menjawab "u hu," "ugh", "a' a' " atau "ahah". Agaknya saya dah terbiasa dengan jawapannya maka saya pun ambil tak kisah.
"Abang, pinggan dah basuh ke belum?" Ingatan biasa kepada anak saya yang keempat, kini berada di tingkatan empat.
"Entah, tak ingat. Tapi yang semalam dah basuh." Memang loyar buruk macam selalu. Saya fikir dia penat agaknya.
"Adik, abah ada telefon tak?" Anak bongsu manja saya yang kini berada di tingkatan dua ini biasanya menjawab ketika ditanya walaupun selalunya asyik bergayut di telefon bimbit, atau bersembang di friendster, atau menulis di "scrapbook"nya,
"Entah, tanya abang", jawabnya sambil terus menumpukan perhatian pada kerjanya. Ugh, agaknya idea kreatifnya sedang datang.
Saya dan suami memang dah malas dengan perangai mereka sehinggalah kejadian hujung minggu lalu apabila kami mengajak kesemuanya keluar.
"Abah, kita nak ke mana?" Tanya si bongsu.
"Entah." Jawab abahnya pendek. Semua jadi senyap seketika. Perbualan mereka turut terhenti. Semuanya seolah-olah sedang menumpukan perhatian kepada kami. Agaknya mereka rasa kelainan dengan jawapan abahnya.
"Mak, kita nak ke mana?" Ulang si bongsu lagi. Dan ini tentunya untuk saya.
"Enttahhhhh," jawab saya sengaja memanjangkan perkataan itu.
Serentak dengan itu tiba-tiba mereka ketawa berderai. Saya melihat cermin tengah, memerhatikan mereka. Ada yang meletakkan tangan ke dahi dan ada yang ketawa sambil membongkok. Apahal pulak ni?
"Abah, kita nak pergi makan, ya?" yang keempat pula cuba bertanya.
"Entah," balas abahnya ringkas.
Sekali lagi jawapan itu disambut dengan ketawa berderai. Saya membiarkan sahaja dan cuba berlagak serius.
"Mak, kita nak makan di mana," tanya yang nombor dua.
"Ennttaahhh," saya menjawab.
Masih lagi ketawa yang dibalas. Seronok agaknya dengan jawapan itu, fikir saya.
"Abah, kita nak makan apa?" tanya yang kedua mencuba lagi.
"Entah," perlahan dan pendek jawapan si abah. Riuh rendah di belakang bagai pasar bunyinya.
"Mak, cakaplah kita nak ke mana?" tanya si bongsu merengek.
"Enntttaaahhhhhh," ulang saya.
"Waagghhhh...ha ha ha ha," sahut mereka. Ketawa nakal anak-anak remaja. Saya tetap dengan selamba, Abah mereka yang sedang memberi tumpuan ketika memandu dengan serius, nampak menahan senyum.
Sehingga sampai ke tempat makan, 20 minit kiranya, sampai tak terhitung berapa kali, mereka tak putus-putus bertanya.
Jawapan kami tetap sama.
"ENTAH".
Ajaibnya, sejak peristiwa itu sehingga saat ini, saya belum lagi mendengar perkataan"entah" ataupun "tak tahu", baik "uh uh" atau "a ha" daripada mereka lagi.
Berjayakah kami menjumpai ubat bagi mengatasi ke"entah"an mereka itu?
Entahlah.

13 ulasan:
salam kanda Mariah
catatan ini begitu mencuit hati; sikap anak-anak remaja hari ini begitu mencabar kesabaran orang-orang dewasa. barangkali kerana persekitaran hidup yang asyik dengan dunia sendiri atau pengaruh media yang memaparkan ruang sendirian dalam pergaulan. pun, peranan ibubapa amat penting dalam mengemudikan sikap anak-anak ini. tahniah kanda dapat "mendidik" mereka kembali kepada fikrah dan fitrah yang benar. entah bagaimana pula sikap anak kecil saya bila mencecah usia remaja kelak? Entahlah.
Kandaku,
ya, gelihati saya baca cerita "entah" ni. memang menjengkelkan kalau kita terima jawapan "entah". saya ingat waktu di kelas bahasa inggeris di sekolah, cikgu akan denda siapa jawab "yes" or "no" saja. Mr Tan mengajar kami menjawab dengan huraian... dan ia ternyata menyenangkan.
Heh heh heh, adinda kamariah dan Mawar.
Agaknya mak-mak kita gitulah gamaknya. Nenek kak ton kalau menegur selalu "cubit berputar". Mak oiii, bisa.
Jadi bila anak-anak nih gitu, kak ton ada juga sekali sekala buat cubit berputar. Tapi muka mereka selamba je, macam tak sakit. Rupa-rupanya budak2 zaman sekarang kena pakai "reverse psychology" je baru terkesan. Alahai, nak kena fikir gak caranya..ish ish..
Salam Kak Eton... Maaf hari tu tak sempat balas panggilan. Ada ribut minda kat pejabat.
Entah...Ye Kot.. Agaknya.. Tak Tahu.. tak perasan...
antara jawapan anak yg kekadang membakar kesabaran kita... remaja memang begitu kot! rasa malas nak jawab panjang-panjang dgn orang tua macam kita ni!
Itu lebih baiklah daripada u u, ugh, a a, ya atau angguk je tapi tak memandang kita pun. Emaknya pula satu hal, asyik nak tarik perhatian anak2 je. Ye le, masa kecik asyik pegang je kain kita kat mana pun kita pergi. Bila dah besar dia buat "dont know" selamba je..siapalah yang tak geram. Kita ni dah tua-tua kadang2 kena belajar "let go". Itu yang sedang berlatih ....lepaskan..lepaskan...mereka ada hidup sendiri. ishk ishk....
Ton,
Nasib baik dia orang jawab. Anak-anak saya kadangkala cuma angguk atau geleng je. Nak tau jawapan, kena tengok kepala dia orang. Kita dulu macam mana, ek?
Azizah,
Macam dia orang lah kot..ha ha ha
owh kak ton. dah besau2 ank ye. tapi kak ton masih cute.
Salam. Saya datang melihat dan membaca.
salam...
budak-budak semakin besar semakin jauh dengan ibubapa - apa lagi jika dah masuk asrama atau kolej. Sebolehnya sbg ibu pasti mahu sentiasa dekat dengan anak - sampai bila-bila...
Begitu mencuit hati...lucu rasanya...tapi dalam kelucuan ada satu rasa yg timbul...
terima kasih kak ton kerana tanpa sengaja telah menyedarkan kami 'anak2' tentang sesuatu...
entah!
Catat Ulasan