Selasa, 30 Disember 2008
Pertemuan denganNya
Kematian? Sesuatu yang sukar untuk dibincangkan. Saya rasa terhentak ketika diberitahu ada kanser di dalam saya. Ketika itu bayangan kematian menyusul datang. Sama ada sudah bersedia atau tidak, setiap manusia pasti akan menghadapinya. Walaupun kemungkinannya saya tidak akan menghadapi kematian dengan penyakit kronik ini tetapi amaran yang datang ini mengingatkan saya supaya lebih memberi perhatian kepadaNya. Saya bersyukur amaran ini datang lebih awal. Saya hanya perlu meneruskan hidup dengan lebih banyak bersyukur dengan segala nikmat yang diberikanNya, sentiasa mengingatiNya, serta belajar untuk lebih dekat denganNya. Sehinggalah saya diambil mengadapNya. Bila? Hanya Allah swt yang menentukannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
sedih membacanya, tapi betul kak ton, semua tu urusan Tuhan, dan penyakit macam amaran saja, semoga tabah dan diberkati, dan semoga cepat sembuh, dan selamat tahun baru!
Terima kasih. Semoga kita semua sentiasa diberkatiNya.
salam mariah,
saya sarankan mariah membaca buku 'the last lecture' oleh randy pausch. buku itu tulisan seorang pensyarah sains komputer yang telah didiagnosis kanser pankreas, dan hanya dapat hidup beberapa bulan sahaja.
jadi, dia mengadakan satu syarahan terakhir tentang impiannya dalam kehidupan sebagai motivasi kepada anak didiknya.
semoga mariah akan terus tabah. wassalam.
Salam Nur ilhami,
Benar, buku itu memang memberi motivasi. Saya sudahpun membacanya. Terima kasih atas ingatan.
salam kanda Mariah
mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Apakata cuba pula membuat perawatan alternatif; cuba layari website www.cvtherapy.com.my, dengan izin Allah semuanya akan menjadi sebaliknya, kita berikhtiar.
Salam 1430/2009 Kak Ton. Syafakillah! Moga Allah terus memberi kekuatan kepada Kak Ton pada tahun baharu ni.
Bersyukurlah dengan 'peringatan' dari Tuhan ini. Kami yang kelihatan sihat, menanti sahja ujian dari langit. Kadang-kadang terasa nyawa bagai embun di hujung daun.
Percayalah, peringatan Tuhan ini, tanda rahmat dan belas kasih sayang Tuhan bukan istidraj.
al-Kurauwi
http:ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
selamat tahun baru. salam sejahtera. sampai masa kita semua akan menghadap-Nya.
salam, kak tun. semoga kita semua tabah hadapi segalanya. kak, tolong tuykarkan link saya kepada zatidhati.blogspot.com. sama-sama kita membantu gaza
Catat Ulasan