Ahad, 13 Mac 2011

Uisk...angkara facebook.

Saya berjanji tidak mahu membuka facebook lagi buat seketika. Tetapi keadaan memaksa saya membukanya semula. Beberapa penulis dari luar negara dan universiti tempatan tercari-cari saya untuk menghantar bahan dan bertanya tentang beberapa hal berkaitan kerja. Anak saya ke Korea dan hanya berhubung melalui fb. Mahu tidak mahu terpaksalah saya membukanya semula.
Tetapi jika masih ada lagi beberapa perkara yang tidak menyenangkan akal dan minda saya di fb, maka saya akan menutupnya semula. Kasihan juga rakan-rakan saya yang baru sahaja terjumpa fb saya dan mahu berkomunikasi. Bersabarlah dengan karenah saya ini, ya. Kadang-kadang ada manusia yang tidak tahu menggunakan fb dengan sebaik-baiknya...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eton, I deactivated my fb too at one time, because I found it quite distracting, and it affected my work. Lama jugalah menghilang dan terasa lega. Tapi bila anak kedua mula belajar di Mesir September lepas, terpaksa buka semula fb.

Sebelum tutup pertama kali dulu, I maklumkan kepada semua 'fb friends', dan I bersihkan hampir semua senarai nama - tak ramai mana pun, 200+ je... fb bagi I bukan sekadar untuk sembang-sembang kosong. Tapi lebih untuk berkongsi minda, menyambung silaturrahim, dan mendidik jiwa anak-anak muda (my nieces, nephews, my students & friends of my students, also students from other universities). Lagipun, kalau tak kerana fb, tak kan kita dapat jumpa semula kawan-kawan zaman mass comm dulu kan...?

Jadi, Ton, kalau ada yang tidak terbuka hati untuk memanfaatkan fb, ibaratkan mereka bagai luncai yang terjun dengan labu-labunya... Ummi

Hiasan Dunia berkata...

betul tu kak ton. Lyn sokong kata kawan kak ton itu. Biarkan sahaja org itu. Dia naif dan daif

love

love

love

love