Khamis, 3 Februari 2011

Bimbang

Ada kesan-kesan lebam tanpa sebab berlaku beberapa bulan kebelakangan ini. Kadang-kadang bulat dan kadang-kadang pelbagai bentuk. Kadang-kadang biru dan hitam. Kata keluarga, ada kena mengena dengan sesuatu yang berkaitan dengan kuasa asing. Uisk, mengarut, fikir saya. Kini kerap pula demam yang datang bertimpa-timpa. Musim, agaknya. Tetapi yang menghairankan terasa ada sesuatu yang menganggu saya di bahagian pinggang, sesekali menusuk keras. Sejak setahun yang lalu, rasa itu tidak pergi. Dan doktor tidak dapat mengesan apa-apapun di situ. Ya, saya saja yang merasakannya. Khayalan? Tak mungkin.
Akan berulangkah kisah lalu. Ya, saya bimbang. Sungguh.

1 ulasan:

sinaganaga berkata...

saya ada pengalaman tentang lebam-lebam di tubuh badan tu.

mungkin:

1. darah membeku.

2. platelet darah meningkat, dah darah membeku di situ.

3. kelainan pada platelet memang jarang dapat dikesan oleh doktor. cuba Kak Ton buat pemeriksaan darah.

harap2 Kak Ton sihat sejahtera sahaja ya.

love

love

love

love